لسلام عليكم ورحمة الله وبركات

w.b.t di sini saya ingin menggucapkan selamat bercuti dan selamat menggunakan masa lapang anda dengan baik. tujuan saya ingin mengarang entri ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan anda, yang berminat untuk mengatahui pengalaman saya, semasa akhir tahun persekolahan di SMK Agama Muhamad Ali Ranau. Tahun ini saya telah mengambil Peperiksaan Menengah Renda(PMR), tidak disangka, buka mata, tutup mata PMR menjelan pada hari esok,. Walaubagaimanapun dengan usaha gigih yang saya dan kawan-kawan saya yang telah lakukan kami semua dapat menempuhinya bersama-sama dan dengan adanya guru-guru dan ibubapa terutamanya, kami semua dengan hati yang ikhlas dapat menjawab dengan penuh yakin.
Selepas peperiksaan PMR berlansung kami semua (pelajar form3) telah diberikan amanah untuk melaksanakan 3M iaitu Membersih, Menceriakan, dan Mengemas. Antara aktiviti yang sempat saya lakukan ialah mengangkat batu dari sungai. walaupun batu-batu di sungai itu sangat besar dan berat, dan dengan adanya semangat sepasukan kami semua dapan menjalankan progrem itu dangan lancar, tujuan kami mengangkat batu-batuan itu adalah untuk membuat kolam mini bertaraf 3 bintang di dalam kawasan sekolah kami, kami membuat kolam itu dengan penuh semangat dan bertenaga, masa itulah pengalaman yang sederhana paling manis telah saya lalui bersama kawan-kawan saya. Aktiviti yang kedua yang sempat saya ikuti ialah membersihkan tadahan sekolah dan asrama, dalam bahasa dusun tadahan ialah(tudan) saya dan kawan2 saya telah menjalankan satu perjalanan yang lebih kurang 5 kilometer untuk pergi ke tadahan sekolah dan asrama kami, dalam perjalanan ke tadahan saya dan kawan2 saya sempat bergambar-gambar sempena akhir tahun dan pengalaman kami ke tempat tersebut, apabila sampai di tempat tadahan kami semua berkerjasama membersihkan tadahan tersebut yang sangat kotor dan berlumut itu. Dalam masa itu juga saya dan kawan2 saya juga sempat mengambil gambar, buat kenangan bersama kawan2..kami dengan gembiranya menjalankan aktiviti kami di sekolah apabila berakhirnya peperiksaan PMR. di sini juga saya ingin meminta agar keputusan saya dan kawan2 saya menjadi keputusan yang terbaik dan memuaskan dengan izin Allah,,Insyallah 9A..wasallam..

Inilah team yang saya minati dalam liga-liga bola sepak...yeyeh...

Mengenang Jasa Ibubapa

Jasa ibubapa perlu dikenang selagi hayat dikandung badan kita. Tanpa mereka kita tidak akan lahir di dunia ini.

Ibu bapa yang mula-mula mendidik dan menjaga diri kita. Mereka mengambil berat tentang diri kita selagi hayatnya masih ada.
Ibu bapa biasanya hidup di bawah satu bumbung bersama-sama anak-anaknya. Jarang sekali ibubapa tinggal berlainan tempat dengan anaknya.
Oleh itu apabila mereka sudah tu, maka kita yang bergelar anak perlu menjaga keselematan mereka pula.
Banyak sebab kita perlu membalas jasa mereka, Antaranya ialah, mereka yang membesarkan dan memberikan pendidikan kepada kita. Selain itu, jika kita sakit merekalah yang membawa kita berjumpa dengan doktor.
Banyak cara kita, untuk membalas jasa mereka, kita berdoa untuk keselamatan mereka, kita hantar mereka ke hospital apabila mereka sakit, memberikan mereka wang sekadar yang kita mampu dan sebagainya..
Di akhir kata, saya ingin berpesan kepada semua anak-anak, kita seharusnya sentiasa berdoa kepada allah supaya ibubapa kita hidup tenang tanpa ganguan apa-apa sahaja bencana..
terima kasih..

selamat hari jadi kepada adik saya...

(kesiannya..tak ada kek ke tu azie,
tunggulah kita baru balik dari asrama..
nak juga mkan kek hehe!)
Assalamualaikum w.b.t
Di sini saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada adik perempuan saya iaitu Nurhaziemah( azie ) yang lahir pada bulan Mac 1997...selamat hari jadi!!!! semoga ceria dan terus tabah mengharungi dunia persekolahan yang penuh cabaran.

Tanpa disedari usia kian bertambah
Dalam meniti perjalanan kehidupan
Memberi kita rasa kematangan
Keindahan seri pada hidup ini
Menjadikan kita menjadi insan yang menyedari
Betapa pentingnya menghargai kehidupan ini


Karya saya bertajuk "faedah-faedah membaca "

Banyak faedah yang boleh kita peroleh pada masa-masa cuti sekolah ini, seprti membaca buku, dengan membaca buku banyak ilmu yang dapat kita peroleh.
Pada masa cuti sekolah ini, banyak masa-masa kita yang terluang, untuk mengisi masa-masa itu kita boleh membaca buku. Membaca surat khabar dapat memberikan kita banyak pengetahuan tentang isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negeri ataupun di dalam daerah kita sendiri.
Membaca buku cerita juga dapat memberikan kita pengajaran dan nilai murni mengenai cerita tersebut, contohnya buku cerita yang bertajuk sang kancil dan sang buaya, sang kancil bijak menyelesaikan masalah yang terjadi ke atas dirinya yang dilakukan oleh sang buaya.
Dengan cara membaca buku pada masa-masa cuti sekolah ini kita dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan, pengajaran, nilai murni dan sekaligus dapat mengisi masa lapang kita di rumah.
sekian, terima kasih.

Shoping with my dad and my brothers

Oyes! this is my shoes, my dad buy for me hehe! Thank's so much
Look three hensem my brothers..nice photo hehe!
Kimal word lis photo. Haha! what do you thing about me.
Asalamualikum..how are you!

Today i like to showing my memory with my dad and three my brothers in my blog. Yesterday at Saturday evening we go to shopping at Keningau town. Wah! I feel very happy and enjoy. I look all my brothers also happy like me.
Do you want to know, what we buying there, my dad spend me a sport shoes because i have to join sport games at my school next week. All my friends say! i can won in the 14 years above categorize . I must be confident and try the best my self. For all my friends thank you very much because give a big support at me. For my dad! i love you so much and thank's for everything.
I'm a students at SMK Agama, Ranau, Sabah in form 2. Next year i sit in the form 3 class. My school already to exam last week. So, now! our school busy to the sport activities. I'm in the group amru. I hope my group coming winner in this sport.

Kimal Word List Inggeris broken (sorry)

Era baru dalam hidupku


Asalamualikum..apa khabar?


Usiaku kini sudah menjangkau belasan tahun, tahun depan aku akan menggenapkan 14 tahun ku, bermakna aku akan menghadapi era baru dalam kamus hidupku. Tahun depan aku akan menempah satu tiket peperangan yang maha hebat. Pasti diusia 15 tahun aku akan duduk bersama teman-teman yang lain di dalam kelas form 3 ( tingkatan 3). Ah! begitu cepat masa berlalu, bagai mimpi kurasakan..
Dulu ayahku mengendong aku dengan lembut dan penuh kasih sayang. Aku ikut ke manapun ayahku pergi. Aku sayang ayah yang begitu penyanyang. Aku di kasihi sepenuh jiwa raganya.

Hukhuk! sekarang mana mungkn ayahku mengendong aku lagi, aku lebih besar dari ayahku kini.

Terasa mimpi ku rasakan. Putaran masa begitu cepat tanpa kesan, masa terus berlalu..apabila aku sedar rupanya kini aku sudah seorang remaja lelaki. Banyak perubahan pada diri dan tubuh badanku. Ah!..remaja kemudian dewasa seterusnya menua. Adui!..adakah aku dapat meneruskan kehidupan ini dengan tenang dan harmoni. Hendaknya aku hidup penuh rahmat dari Allah. Pada Dia ku mohon agar lewat remajaku terisi dengan bermujahadah kepada sang pencipta segala makhuk yakni Allah yang maha besar.

0 Comments
Catatan Terbaru Laman utama

Pengikut