Jasa ibubapa perlu dikenang selagi hayat dikandung badan kita. Tanpa mereka kita tidak akan lahir di dunia ini.
Ibu bapa yang mula-mula mendidik dan menjaga diri kita. Mereka mengambil berat tentang diri kita selagi hayatnya masih ada.
Ibu bapa biasanya hidup di bawah satu bumbung bersama-sama anak-anaknya. Jarang sekali ibubapa tinggal berlainan tempat dengan anaknya.
Oleh itu apabila mereka sudah tu, maka kita yang bergelar anak perlu menjaga keselematan mereka pula.
Banyak sebab kita perlu membalas jasa mereka, Antaranya ialah, mereka yang membesarkan dan memberikan pendidikan kepada kita. Selain itu, jika kita sakit merekalah yang membawa kita berjumpa dengan doktor.
Banyak cara kita, untuk membalas jasa mereka, kita berdoa untuk keselamatan mereka, kita hantar mereka ke hospital apabila mereka sakit, memberikan mereka wang sekadar yang kita mampu dan sebagainya..
Di akhir kata, saya ingin berpesan kepada semua anak-anak, kita seharusnya sentiasa berdoa kepada allah supaya ibubapa kita hidup tenang tanpa ganguan apa-apa sahaja bencana..
terima kasih..